#negaraku

Reka Negaraku

Sebagaimana Kita Melihatnya

Sejarah melalui Reka Visual

→ LAWATI PAMERAN

Sebab utama MDA ditubuhkan ialah untuk menarik perhatian Rakyat kepada sejarah kita sendiri – berdasarkan sejarah pembentukan negara dan juga sejarah budaya visual Malaysia. Dengan mengaitkan kedua aspek sejarah tersebut, ianya membolehkan kita melihat, berfikir dan berbincang bagaimana Negara kita telah melalui tempoh-tempoh pembentukan yang berlainan dan pada masa yang sama melalui satu proses berterusan dalam tujuan memahami dan mentakrifkan siapa diri kita serta pengaruh-pengaruh yang memberi kesan terhadap pembentukan identiti kita.

Pameran ini bagaikan satu perjalanan merentasi empat zaman yang penting dalam sejarah Negara : Kolonial, Pemerintahan Jepun, Darurat dan Kemerdekaan. Antara artifak seni reka yang dipamerkan ialah barangan kegunaan harian seperti kotak mancis dan label ubat, memoribilia budaya popular seperti seperti poster filem dan majalah, juga terbitan awam seperti poster-poster propaganda dan pelancongan. Melalui pameran ini, orang awam boleh mengetahui serba sedikit elemen-elemen penting di zaman-zaman yang berlainan dan juga bagaimana ianya diedarkan kepada kelompok masyarakat Malaysia yang berbeza. Para pelawat pameran ini juga boleh mendapat sedikit pencerahan bagaimana nilai dan masyarakat kita berubah mengikut peredaran masa.

Dalam meyambut Ulangtahun Kemerdekaan yang ke-60, pameran ini bertujuan untuk membentuk ruang untuk mencerminkan dan membincangkan dari mana asal-usul kita, dan ke mana arah tujuan kita sebagai rakyat Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian.

Rekabentuk Adalah Masa Depan

Sekarang masanya. Libatkan diri anda dalam perbincangan yang bakal membentuk masa depan rekabentuk Malaysia.

→ LIHAT VIDEO RAKAMAN

Inilah masanya untuk melibatkan diri dalam wawancara yang bakal mencorakkan masa depan rekabentuk Malaysia di forum terbuka #RekaNegaraku, yang bertajuk Rekabentuk Adalah Masa Depan bersama dengan rakan kita Zachary Haris Ong & Associates.

Panelis utama untuk forum terbuka ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif MyCreative Venture, Johan Ishak, Pengasas Nala Designs, Lisette Scheers, Rakan Kongsi LabDNA, Nani Kahar, Pengasas Pusaka, Eddin Khoo dan Pengerusi The Design Alliance Asia, William Harald-Wong.

Pendaftaran adalah percuma, tetapi slot adalah sangat terhad. Untuk mendaftar, boleh klik di sini.

[this div will be converted to an iframe]