#negaraku

Seni Negaraku

Luahan jiwa kita sebagai bangsa Malaysia dipersembahkan melalui seni persembahan, lagu dan senilukis.

Luahan jiwa kita sebagai bangsa Malaysia dipersembahkan melalui seni persembahan, lagu dan senilukis.

Pertandingan Seni Negaraku

Pertandingan Seni Negaraku merupakan inisiatif kerjasama Kementerian Pendidikan dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia untuk mencungkil bakat seni melalui lakaran yang menggambarkan semangat ‘Negaraku’.

Penyertaan Pertandingan Seni Negaraku dibuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh Malaysia. Bertemakan tema ‘Negaraku’, hasil lukisan para pemenang Pertandingan Seni Negaraku akan dipamerkan di Balai Seni Negara; berkongsi ruang dengan karya-karya agung seni Malaysia.

Pertandingan Seni Negaraku bertujuan membuahkan aspirasi buat bakal seniman dan seniwati Malaysia dalam masa yang sama mencetus rasa cinta dan bangga terhadap Negara di kalangan anak-anak muda. Perjalanan kesenian Malaysia baharu bertitik mula di sini.

[this div will be converted to an iframe]