#negaraku

Larian Bendera Negaraku

Padang Dataran Pahlawan

Sabtu, 15 JULAI 2017 / 6:00 PAGI

Maklumat Larian

Butiran Acara

Tarikh: Sabtu 15 Julai 2017
Masa Berkumpul: 6.00 pagi
Masa Pelepasan: 7.30 pagi
Tempat: Padang Dataran Pahlawan

  • Kategori: FUN RUN
  • Jarak: 3KM
  • Yuran Penyertaan: Percuma
  • Masa Berkumpul: 6.00 pagi
  • Masa Pelepasan: 7.30 pagi
  • Jumlah Penyertaan Maksima: 5000

Pendaftaran

Semua peserta dikehendaki mendaftar secara atas talian di http://www.negaraku.com/ekspresi/melaka/larian/

Nota:

  1. Semua peserta perlu melengkapkan pendaftaran secara atas talian.
  2. Penggantian peserta TIDAK dibenarkan.
  3. Pendaftaran secara pos tidak diterima.
  4. T-shirt hanya terhad kepada 3000 peserta awal sahaja.
  5. Keputusan daripada Jawatankuasa Larian Bendera Negaraku adalah muktamad dalam menerima penyertaan.  Penganjur mempunyai hak untuk menolak sebarang penyertaan tanpa mengemukakan sebab.

Pek Sarapan

Setiap peserta akan menerima pek sarapan setelah menamatkan larian 3km Fun run.


Cabutan Bertuah

Terdapat pelbagai Hadiah Cabutan Bertuah daripada hamper kepada LED TV.


‘Checkpoint’ Cabutan Bertuah

Semua peserta dikehendaki untuk memberikan tag cabutan bertuah yang terdapat pada nombor bib di ‘Checkpoint’ yang disediakan. Sukarelawan yang bertugas akan memotong tag cabutan bertuah yang terdapat pada nombor bib peserta dan meletakkan tag tersebut pada kotak cabutan bertuah. Sesiapa yang tidak menyertai larian tidak layak untuk Cabutan Bertuah.


Pegesahan Pendaftaran dan Kutipan Kupon Larian

Peserta yang telah membuat pendaftaran atas talian perlu hadir untuk membuat pengesahan pendaftaran dan menerima kupon larian pada :

Tarikh : Jumaat 14hb Julai 2017
Masa : 10.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : Dataran Pahlawan Walk (bersebelahan restoran Subway)


Kutipan Pek Larian

Tarikh : Sabtu 15hb Julai 2017
Masa : 6.00 pagi hingga 7.00 pagi
Tempat : Padang Dataran Pahlawan
Notis :
**Peserta harus mengambil sendiri baju & Bib nombor larian ini.
**Kutipan bagi pihak, atau melalui wakil tidak dibenarkan.
**Kaunter kutipan baju akan ditutup tepat pukul 7.00 pagi.


Pek Larian

Pek Larian mengandungi baju & bib nombor.

Semua peserta yang berdaftar wajib hadir mengambil kupon kutipan baju & nombor larian pada ketetapan berikut.


Pertanyaan

Untuk sebarang pentanyaan mengenai acara, & lain-lain.
Emel : customerservice@msports.com.my
Telefon : 013-3663242.


Tarikh Tutup Pendaftaran

Apabila mencapai jumlah maksimum 5 000 peserta ATAU pada jam 6 petang hari Khamis 13hb Julai 2017..


TERMA & SYARAT

  1. Larian Bendera Negaraku terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
  2. Pendaftaran atas talian dan Cabutan bertuah hanya terbuka kepada peserta berumur 15 tahun ke atas sahaja.
  3. T-Shirt adalah terhad untuk 3000 orang dewasa pertama yang mendaftar . Tiada saiz untuk kanak – kanak.
  4. Setiap peserta yang telah membuat pendaftaran atas talian perlu membuat pengesahan pendaftaran dan mengutip kupon larian pada hari Jumaat, 14hb Julai 2017 di Dataran Pahlawan Walk (bersebelahan restoran Subway) dari pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang.
  5. Peserta hanya boleh membuat kutipan baju dan bib nombor dengan kupon yang telah diterima semasa pengesahan pendaftaran. Kaunter Kutipan baju dan bib nombor akan dibuka dari pukul 6.00 pagi sehingga 7.00 pagi pada hari Sabtu 15hb Julai 2017.
  6. Peserta dinasihatkan untuk membuat perancangan untuk sampai ke tapak acara dari pukul 5.40 pagi dan sebelum pukul 6.40 pagi, untuk mengambil bahagian dalam acara larian ini tanpa sebarang kesukaran.
  7. Peserta yang lewat hadir iaitu selepas pukul 7.00 pagi pagi tidak akan dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam larian dan ianya akan mengakibatkan kehilangan peluang untuk menyertai cabutan bertuah.
  8. Hanya peserta yang mengambil bahagian dalam larian akan layak untuk menyertai cabutan bertuah.
  9. Walaupun langkah berjaga-jaga akan diambil oleh pihak penganjur namun bagi memastikan keselamatan peserta, peserta digalakkan untuk mendapatkan pemeriksaan perubatan dan/atau berunding dengan pakar perubatan sebelum pendaftaran dan sebelum hari acara.
  10. Pihak penganjur berhak untuk menangguhkan permulaan acara larian sekiranya berlaku hujan lebat atau ribut petir atau keadaan cuaca yang melampau. Sekiranya keadaan cuaca buruk berterusan selepas penangguhan pelepasan larian, pihak penganjur berhak untuk membatalkan perlumbaan. Sekiranya berlaku hujan atau ribut petir atau malapetaka atau bencana alam yang mengakibatkan penangguhan atau pembatalan acara di atas, pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang tuntutan yang dibuat oleh mana-mana individu atau pihak yang berkenaan.
  11. Pihak penganjur berhak untuk menggunakan mana-mana gambar (termasuk gambar peserta), rakaman video, atau rakaman melalui media lain untuk acara itu yang diambil sebelum, semasa dan selepas acara Larian Bendera Negaraku, untuk sebarang perkara yang sah termasuk pengiklanan komersial dan pengagihan kepada penaja.

Fasal Pengecualian (Menggunakan kotak tanda untuk Pendaftaran Secara Atas Talian. Semua peserta perlu tandakan kotak yang disediakan untuk pendaftaran mereka diterima).

Fasal Pengecualian (Menggunakan kotak tanda untuk Pendaftaran Secara Atas Talian. Semua peserta perlu tandakan kotak yang disediakan untuk pendaftaran mereka diterima).

Saya seperti nama yang tertera di atas, mengesahkan bahawa saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Terma dan Syarat Larian Bendera Negaraku.

Sebagai pertimbangan bagi penerimaan pernyertaan saya, saya bagi waris saya, wasi & pentadbir, melepaskan pihak penganjur, rakan kerjasama, penaja, kakitangan yang dilantik dan pegawai-pegawai daripada semua liabiliti, tuntutan, tindakan, kerosakan, kos atau perbelanjaan yang mungkin timbul terhadap mereka disebabkan oleh penyertaan saya dalam acara ini, termasuk perjalanan pergi dan balik ke acara ini dan semua kecederaan yang mungkin dialami oleh saya sebelum, semasa dan selepas aktiviti ini.

Saya akur bahawa liabiliti ini adalah termasuk sebarang tuntutan berdasarkan kecuaian, tindakan atau ketiadaan tindakan oleh mana-mana pihak di atas. Saya sedar kesukaran acara ini dan mengesahkan bahawa saya cukup cergas untuk menyertai acara larian Bendera Negaraku ini dengan selamat dan saya tidak dinasihati sebaliknya oleh pakar perubatan.

Saya akur dengan keaadaan dimana kuantiti baju-T mengikut saiz adalah terhad dan pengagihan baju-T akan diberi keutamaan kepada peserta yang datang lebih awal.

[this div will be converted to an iframe]