Dr Wong Siew Te merupakan seorang ahli biologi hidupan liar di Malaysia dan terkenal dengan kajian beliau tentang beruang Malayan.

#WiraNegaraku

Wong Siew Te Pengasas Pusat Konservasi Beruang Madu Borneo

Dr Wong Siew Te (lahir pada 16 Mei 1969) merupakan seorang ahli biologi hidupan liar di Malaysia dan terkenal dengan kajian beliau tentang beruang Malayan (Helarctos malayanus).

Beliau merupakan pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pemuliharaan Beruang Borneo di Sandakan, Sabah.

Pada September 2016, Wong telah menerima Doktor Kehormat dari Universiti Sunshine Coast, Australia, sebagai tanda pengiktirafan sumbangan sepanjang hayat beliau terhadap pemuliharaan beruang matahari di Asia Tenggara.

Pusat Pemuliharaan Beruang Borneo (BSBCC) merupakan satu-satunya pusat pemuliharaan beruang di dunia yang diasaskan di Sabah, Malaysia pada tahun 2008 dengan dua matlamat iaitu untuk menyediakan penjagaan dan pemulihan bagi menyelamatkan beruang dan meningkatkan kesedaran mengenai beruang Malayan di peringkat antarabangsa.

Tontoni lagi.

[this div will be converted to an iframe]