Walaupun saya boleh dikatakan sedang bekerja, saya sedang menikmati kehidupan. Itu keseimbangan kehidupan saya.

#WiraNegaraku

Teoh Wee Kiat, Pengasas Bersama myBurgerLab

Sebelum fenomena burger gourmet melanda jalanan Kuala Lumpur, Wee Kiat merupakan seorang juruaudit. Dia kemudiannya mendapat peluang yang amat istimewa – iaitu menjalani latihan industri dengan sebuah syarikat pengiklanan dan pemasaran di kota metropolis New York. Sudah semestinya dia tidak menolak peluang tersebut.

Sekembalinya pada tahun 2011, dia bersama dua rakannya membuat keputusan untuk melakukan apa yang kebanyakan Gen Y lain lakukan iaitu menjalankan perniagaan sendiri. Mereka pakar memasak burger, dan mereka tahu Malaysia memerlukan burger yang lebih baik; dan itulah yang mereka lakukan. Mereka langsung tidak menjangkakan bahawa tidak lama setelah mereka bermula, barisan pelanggan yang mahu menikmati menu istimewa di kedai mereka adalah sangat panjang; dan ini mula membuka mata peniaga lain untuk menceburkan diri dalam jenis hidangan yang sama. Wee Kiat mengimbas bagaimana mereka tidak menjangka sewaktu itu bahawa mereka bakal mencetus fenomena atau mendapat kejayaan dalam masa yang singkat.

Apa yang merangsang pemuda yang sentiasa ingin tahu dan bersemangat ini? “Kerja, kerja, kerja,” kata Wee Kiat. Samada membuat rancangan seterusnya, atau idea pemasaran terkini atau mengubah proses supaya operasi lebih efisien, sesuatu pasti berlegar di mindanya. Itu pun jika dia tidak tertidur sejurus setelah meletakkan kepalanya di atas bantal (sesuatu yang pasti berlaku di penghujung hari yang panjang dan memenatkan).

“Sekarang, setelah anda menjadi majikan, dan bukan lagi pekerja – apa pendapat anda tentang keseimbangan kerja dan kehidupan harian (work-life balance)?

“Keseimbangan? Mungkin satu frasa yang terlampau kerap digunakan. Saya berpendapat bahawa anda tidak perlu berada di tempat kerja untuk mendapat keseimbangan tersebut. Di myBurgerLab, kami sebuah pasukan yang rapat dan kami melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan bersama-sama. Jadi, walaupun saya boleh dikatakan sedang bekerja, saya sedang menikmati kehidupan. Itu keseimbangan kehidupan saya!”

Wee menubuhkan francais makanan myBurgerLab pada 2012. Perniagaan tersebut sekarang mempunyai 4 cawangan dan 120 orang pekerja. MyBurgerLab bercadang untuk meluaskan perniagaan ke serata Malaysia dan Asia Tenggara.

Teoh juga tersenarai di dalam “Forbes Asia’s Top 30 Under 30″ pada 2016.

#Negaraku #CeritaNegaraku

Tontoni lagi.

[this div will be converted to an iframe]