Walaupun telah didiagnosis dengan kanser payudara, Nelleisa Omar tidak pernah berputus asa untuk terus menyumbang dan berbakti kepada negara. Peristiwa hitam itu telah mengubah perspektifnya terhadap kehidupan, namun begitu dia telah bertekad untuk menjadi inspirasi bagi pesakit-pesakit barah payudara di seluruh Malaysia. Perjuangan menentang penyakit barah bukanlah satu perkara yang enteng, tetapi dengan sikap positifnya […]

#Cerita #WiraNegaraku

Nelleisa Omar, Adiwira Anti Kanser

Walaupun telah didiagnosis dengan kanser payudara, Nelleisa Omar tidak pernah berputus asa untuk terus menyumbang dan berbakti kepada negara. Peristiwa hitam itu telah mengubah perspektifnya terhadap kehidupan, namun begitu dia telah bertekad untuk menjadi inspirasi bagi pesakit-pesakit barah payudara di seluruh Malaysia.

Perjuangan menentang penyakit barah bukanlah satu perkara yang enteng, tetapi dengan sikap positifnya yang sanggup untuk berkongsi pengalamannya melawan kanser dengan pesakit-pesakit lain telah banyak memberi sumber keyakinan kepada mereka.

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh, dan dengan berpegang kepada pepatah itu, dia telah mendapat sokongan yang utuh daripada ahli keluarga dan sahabat handai, yang telah sedikit sebanyak membantu dirinya bagi menghadapi penyakit tersebut.

Dia juga turut mengasaskan jenama pakaian ‘The Godmother’ dan sebahagian daripada jumlah jualan t-shirt tersebut telah disumbangkan kepada ‘National Cancer Society Malaysia’ bagi membantu mereka yang senasib dengannya.

#Negaraku #CeritaNegaraku

Tontoni lagi.

[this div will be converted to an iframe]