Walaupun Sukan Para Asean ke-9 baru saja berakhir, namun kita tidak boleh menafikan yang insan-insan istimewa ini memainkan peranan yang sangat penting dalam membangunkan negara kita.

Oleh itu, sama-sama kita ikuti cerita Leonard Chua, insan istimewa yang tidak pernah menyerah kalah untuk terus memajukan diri sendiri walaupun dirinya lumpuh separuh daripada badannya.

#Negaraku #CeritaNegaraku

#WiraNegaraku

Leonard Chua, Insan Istimewa dan Penceramah Motivasi

Bermula sebagai seorang pekerja F&B di Melaka pada tahun 1998, dan kemudiannya menjadi pramugara untuk Malaysia Airlines System (MAS), minat Leonard Chua tidak berhenti di situ, dia turut menceburkan diri ke dalam bidang permodelan secara sambilan. Pada 2001, dia meninggalkan kerjaya sebagai pramugara untuk menjadi model bina badan dan usahawan.

Pada 6 Oktober 2005, kehidupan Leonard sebagai seorang model dan usahawan berubah dalam sekelip mata. Dia telah terlibat dalam kemalangan yang kritikal di Lebuhraya Persekutuan dan menyebabkannya lumpuh separuh badan. Sejak daripada itu, hidupnya bertukar menjadi sukar.

Atas sokongan daripada ibunya, keluarga serta sahabat handai, dia meneruskan kehidupnnya sebagai Orang Kurang Upaya (OKU). Lebih tragis lagi apabila dia pernah terkena serangan jantung sebanyak dua kali, dan jantungnya telah berhenti berdegup selama 10 minit. Namun begitu, dia berjaya diselamatkan oleh doktor pakar di Pusat Perubatan Universiti Malaya

Kini, walaupun Leonard mungkin tidak boleh berjalan lagi, tetapi dia telah menjadi seorang insan yang boleh berdiri atas kaki sendiri. Pelbagai penghargaan telah berjaya diperolehi antaranya adalah menjadi finalis ‘Cleo Bachelor’ pada tahun 2010. Dia turut menerima anugerah ‘Prestige Top 40 Under 40 in the Community Service Award’, anugerah Hero Guang Ming, dan pada tahun 2015, dia telah memenangi anugerah ‘Golden Dragon Award’ : Anugerah Kecemerlangan Sumbangan Komuniti di peringkat Asia.

Dia turut dikenali sebagai pakar motivasi dan dia juga terpilih sebagai salah seorang daripada penyampai semasa TEDxYouth 2017.

#Negaraku #CeritaNegaraku

Tontoni lagi.

[this div will be converted to an iframe]