Discover Muay Thai adalah satu pusat aksi lasak Muay Thai yang ditubuhkan untuk membantu generasi muda yang bermasalah dan kurang bernasib baik agar terselamat dari masalah di jalanan dan melibatkan diri dengan Muay Thai. Selain untuk mempertahankan diri,  Muay Thai juga turut dikenali sebagai satu aktiviti sukan lasak yang menekankan kecergasan individu, penguatkuasaan disiplin yang […]

#WiraNegaraku

Negaraku – Imran Harith, Pengasas Discover Muay Thai Untuk Belia Yang Kurang Bernasib Baik

Discover Muay Thai adalah satu pusat aksi lasak Muay Thai yang ditubuhkan untuk membantu generasi muda yang bermasalah dan kurang bernasib baik agar terselamat dari masalah di jalanan dan melibatkan diri dengan Muay Thai.

Selain untuk mempertahankan diri,  Muay Thai juga turut dikenali sebagai satu aktiviti sukan lasak yang menekankan kecergasan individu, penguatkuasaan disiplin yang tinggi serta saling hormat-menghormati antara ahli pasukan. Inilah asas penubuhan Discover Muay Thai, yang ingin membantu remaja yang kurang bernasib baik di jalanan dengan membawa mereka ke gelanggang dengan mengikuti kursus selama intensif selama 4 bulan.

Selama empat bulan ini, mereka akan di ajar untuk berdikari, melakukan kerja-kerja sukarelawan serta berlatih Muay Thai dan dari sudut akademik pula, kelas Bahasa Inggeris juga turut diajar di sini. Kursus ini mengutamakan nilai-nilai positif yang turut diterapkan secara tidak langsung dalam tempoh masa tersebut.

Semuanya bermula semasa Imran Harith berkunjung ke Chalong Bay di Phuket Thailand pada tahun 2013. Dia telah menyaksikan sendiri dimana kursus-kursus Muay Thai dihadiri oleh belia yang menjalani latihan seni mempertahankan diri pada tahap yang tertinggi. Golongan belia itu adalah terdiri daripada anak yatim, pesalah juvana, mangsa penyeludupan manusia dan juga mangsa dera. Apa yang lebih menarik lagi adalah, semasa kursus itu, mereka telah diterapkan dengan nilai-nilai kekeluargaan yang telah diteguhkan dengan disiplin yang tinggi. Inilah yang telah menjadi inspirasi kepadanya untuk menubuhkan Discover Muay Thai di Kuala Lumpur.

Banyak cabaran yang telah dihadapi semasa mula-mula penubuhan Discover Muay Thai, namun begitu dengan bantuan rakan sepasukannya, kekangan itu tidak menghalangnya untuk meneruskan inisiatif tersebut, dan hasilnya betul-betul di luar jangkaan. Ramai pelajar lepasan kursus ini telah kembali bersekolah, dan juga telah diterima untuk bekerja.

Dengan menekankan konsep perniagaan sukan sosial, harapannya agar pusat ini bakal memberi impak kepada belia yang kurang bernasib baik di Malaysia. Visinya adalah dimana pusat ini akan menjadi pusat pembelaan belia yang kurang bernasib baik untuk mencari rezeki di sini. Jurulatih adalah daripada golongan belia yang kurang bernasib baik, dan pusat  juga akan di uruskan juga oleh mereka yang sama nasib. Di sini, mereka mendapat peluang kedua, untuk berbakti kepada masyarakat demi Negaraku.

Kredit Artikel : www.malaysia.my

#Negaraku

Tontoni lagi cerita-cerita negaraku.

[this div will be converted to an iframe]