Saksikan bagaimana cerita pahit manis dirinya dan pengalamannya sepanjang menjadi Pejuang 69 Komando selama 35 tahun.

#CeritaNegaraku

Mohd Tawel Jailani, Pejuang 69 Komando (VAT69)

Hj Mohd Tawel bin Jailani merupakan individu yang bertanggungjawab membuat rekaan lambang Komando 69 pada tahun 1969 ketika beliau berkhidmat dalam Patrol 4. Kreativitinya dalam mereka lambang Komando 69 yang membawa maksudnya tersendiri, menyuntik semangat dan jiwa perwira dalam setiap ahli pasukan unit gerakan khas Polis Diraja Malaysia. Malah lambang yang direka oleh dia itu masih digunakan sehingga hari ini.

Dia juga pernah bertempur dengan komunis di sekitar Pahang, Kelantan dan Perak sepanjang tempoh perkhidmatannya. Pencapaian bersama pasukannya, di antaranya adalah berjaya membunuh beberapa pengganas komunis, memusnahkan kem-kem komunis, menghancurkan food-dump komunis serta melumpuhkan rangkaian komunis. Dia juga pernah menjadi pengintip di sempadan Thailand. Malah dengan keberaniannya, dia juga pernah menyamar menjadi pasukan sahabat untuk mengelirukan pihak musuh.

Pengalaman yang paling tidak dapat dia lupakan adalah di mana dia telah mengalami kemalangan jerangkap samar letupan ketika mengejar musuh yang lari ke arah sempadan mengakibatkan dia hilang keupayaan untuk berjalan dan deria penglihatan. Pengorbanan serta jiwa kewiraan yang dimiliki olehnya demi negara yang tak ternilai adalah kisah yang harus dikongsikan dan ditanam dalam setiap jiwa generasi belia pada hari ini.

Atas jasa perkhidmatan dan pengorbanannya dalam melindungi keselamatan negara, dia telah dianugerahkan dengan pingat Khidmat Setia Negara dan pingat Jasa Kebaktian.

#Negaraku #CeritaNegaraku #VAT69

Tontoni lagi.

[this div will be converted to an iframe]