Walaupun pernah menjadi seorang mangsa buli di sekolah, sejak kecil lagi Michael Teoh telah menanam impian untuk menjadi sumber inspirasi kepada orang lain, supaya mereka boleh menjadi lebih baik dengan membantu dan menolong pihak yang kurang berkeupayaan. Hari ini, dia telah menjadi jurucakap kepada ribuan orang yang terkenal antaranya termasuklah syarikat-syarikat ’Fortune 500’ dalam 39 […]

#Cerita #WiraNegaraku

Michael Teoh, Pakar Motivasi Antarabangsa

Walaupun pernah menjadi seorang mangsa buli di sekolah, sejak kecil lagi Michael Teoh telah menanam impian untuk menjadi sumber inspirasi kepada orang lain, supaya mereka boleh menjadi lebih baik dengan membantu dan menolong pihak yang kurang berkeupayaan.

Hari ini, dia telah menjadi jurucakap kepada ribuan orang yang terkenal antaranya termasuklah syarikat-syarikat ’Fortune 500’ dalam 39 negara dari seluruh dunia, dalam topik Mengurus dan Memenangi Hati Gen-Y, Motivasi dan Kepimpinan, yang telah mendapat liputan meluas di CNN, BBC dan Huffington Post.

Dia turut berkongsi pentas dengan ikon-ikon tersohor dunia seperti Sir Richard Branson, Prof. Muhd Yunus, Tony Fernandes dan pernah dikunjungi oleh Presiden Barack Obama semasa dia mengadakan bengkel yang ditaja oleh Microsoft, dimana dia merupakan seorang jurulatih dan fasilitator di sana.

Sebelum dia menjadi seorang pakar motivasi antarabangsa, dia telah melalui fasa sebagai seorang jurucakap, penasihat dan usahawan, bekerja di syarikat perunding pengurusan, pengarah strategi dan perunding jenama.

Mendapat pendidikan dari New Zealand, dia turut menghadiri kursus pembelajaran di Universiti Harvard, Universiti Stanford dan juga INSEAD.

#Negaraku #CeritaNegaraku

Tontoni lagi.

[this div will be converted to an iframe]