Kita tidak hanya perlu kaya dengan wang yang ada di dalam poket, tapi perlu kaya di dalam hati dengan setiap apa yang kita lakukan.

#WiraNegaraku

Kuan Chee Heng, Pengasas Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia

Sekali pandang, lelaki Cina ini, Kuan Chee Heng juga sama seperti manusia yang lain. Menetap di Malaysia dan hidup aman damai juga seperti yang lain.

Namun apa yang membezakan lelaki ini dengan rakyat Malaysia yang lain ialah sikap suka membantu orang yang dilanda kesusahan. Baginya, kita tidak hanya perlu kaya dengan wang yang ada di dalam poket, tapi perlu kaya di dalam hati dengan setiap apa yang kita lakukan.

Untuk pengetahuan semua, Uncle Kuan merupakan Presiden bagi Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia serta menyandang beberapa jawatan lain; namun sifat ikhlas dirinya yang gemar melakukan kerja-kerja amal bagi membantu orang ramai tak mengira kaum di Malaysia amat mengharukan dan menjadi inspirasi kepada semua.

Malah dirinya sering kali diundang oleh beberapa organisasi untuk memberikan ucapan dan berkongsi kisahnya. Walaupun bantuannya tidaklah seberapa namun ianya cukup bermakna dan memberi harapan kepada orang lain untuk meneruskan kehidupan.

#Negaraku #CeritaNegaraku

Tontoni lagi cerita-cerita negaraku.

[this div will be converted to an iframe]