Dilahirkan di Kuala Lumpur 20 tahun yang lalu, Julian Yee merupakan pemegang tampuk kejuaraan negara sebanyak empat kali berturut-turut dari tahun 2013 sehingga tahun 2016 dalam sukan luncur ais. Mula berjinak-jinak dengan sukan luncur ais sejak berumur 4 tahun lagi, Julian bersama abangnya telah diberi tunjuk ajar oleh ibunya yang merupakan mantan Naib Presiden ‘Ice […]

#WiraNegaraku

Julian Yee, Peluncur Ais Negara

Dilahirkan di Kuala Lumpur 20 tahun yang lalu, Julian Yee merupakan pemegang tampuk kejuaraan negara sebanyak empat kali berturut-turut dari tahun 2013 sehingga tahun 2016 dalam sukan luncur ais.

Mula berjinak-jinak dengan sukan luncur ais sejak berumur 4 tahun lagi, Julian bersama abangnya telah diberi tunjuk ajar oleh ibunya yang merupakan mantan Naib Presiden ‘Ice Skating Association’ di Malaysia.

Dia telah mula memenangi pertandingan semasa di Institut Luncur Ais (ISI-sanctioned) ketika berumur 13 tahun lagi dan telah memecahkan rekod pemenang termuda yang dipegang oleh abangnya pada tahun sebelumnya.

Julian telah menyertai mewakili Malaysia dan memengangi banyak pingat di pelbagai pertadingan di seluruh dunia. Terkini, dia bakal bertanding di Oberstdorf, Jerman pada September akan datang dan perlu mendapatkan sekurang-kurangnya tempat ke-enam untuk memastikan peluang bertanding di sukan paling berprestij di dunia, iaitu Sukan Olimpik (Musim Sejuk).

 

#Negaraku #BangkitBersama #KL2017 #WiraNegaraku

Tontoni lagi cerita-cerita negaraku.

[this div will be converted to an iframe]