Perlindungan Untuk Pelarian ataupun Refuge for Refugees (RFTR) adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang telah memulakan program mereka sejak bulan Jun 2012. RFTR ditubuhkan  untuk membantu sekolah  anak-anak pelarian ini terus dibuka dan berjalan seperti biasa dengan membekalkan pelajaran asas kepada anak-anak ini. Heidy Quah, gadis yang berusia 23 tahun ini adalah pengasas bersama RFTR […]

#WiraNegaraku

Heidy Quah, Penerima Anugerah ‘Young Leaders Award’ daripada Permaisuri Elizabeth II

Perlindungan Untuk Pelarian ataupun Refuge for Refugees (RFTR) adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang telah memulakan program mereka sejak bulan Jun 2012. RFTR ditubuhkan  untuk membantu sekolah  anak-anak pelarian ini terus dibuka dan berjalan seperti biasa dengan membekalkan pelajaran asas kepada anak-anak ini.

Heidy Quah, gadis yang berusia 23 tahun ini adalah pengasas bersama RFTR sejak lima tahun lalu dan pada tahun ini, dia begitu bertuah kerana terpilih untuk menerima anugerah ‘Young Leaders Award’ daripada Permaisuri Elizabeth II yang akan berlangsung hujung bulan ini.

“Setiap manusia layak untuk mendapat hak-hak utama mereka terutamanya pelajaran asas, dan mendapat pelajaran yang sempurna adalah sangat substansial (penting) bagi kanak-kanak ini, kerana pelajaranlah yang akan menentukan halatuju masa depan mereka”, tegas Heidy lagi.

Dia akan menerima anugerah tersebut di Buckingham Palance pada 29 Jun akan datang. Tahniah kepada Heidy Quah kerana mengharumkan meletakkan nama Negara Malaysia setaraf dengan negara-negara membangun yang lain di seluruh dunia.

#Negaraku #CeritaNegaraku

Tontoni lagi cerita-cerita negaraku.

[this div will be converted to an iframe]