Seawal umur tiga tahun, Farah Ann sudah mula berjinak-jinak dengan sukan gimnastik

#WiraNegaraku

Farah Ann,
Puteri Gimnastik Malaysia

Seawal umur tiga tahun, Farah Ann sudah mula berjinak-jinak dengan sukan gimnastik dan telah berkecimpung di peringkat nasional semasa SUKMA.

Beliau mula beraksi untuk pertama kalinya pada peringkat antarabangsa di Delhi, India dalam Sukan Komanwel Delhi 2010, di mana beliau berjaya meraih 12.050 mata dalam acara lantai, 10.500 dalam acara batang titian dan 10.250 dalam acara palang bertingkat.

Beliau turut menyumbangkan mata kepada pasukan Malaysia dan telah memenangi tempat keempat dalam acara berkumpulan.

Selepas Sukan Komanwel, Farah bertanding di Sukan Asia di Gwanju, Korea. Beliau berjaya mara ke pusingan akhir untuk acara lantai dan meraih tempat ketujuh secara keseluruhan.

Pada tahun 2015, Farah mula bertanding di sukan SEA, di mana beliau bertanding untuk semua acara — palang, batang titian, melombol, acara lantai, secara perseorangan dan berkumpulan — dan berjaya untuk mara ke pusingan akhir untuk semua acara.

Beliau memenangi pingat emas pertamanya dalam acara berkumpulan dan tempat kedua dalam acara lantai. Beliau kemudian meraih pingat perak untuk acara palang bertingkat dan acara perseorangan.

Gimnas Malaysia ini juga berjaya meraih pingat gangsa dalam acara melombol, batang titian, dan juga palang bertingkat, manakala seorang lagi gimnas Malaysia, Tan Ing Yueh pula telah memenangi pingat emas.

Tontoni lagi.

[this div will be converted to an iframe]