“Saya ada diberitahu yang saya buat ini semua kerana populariti, tetapi kalau populariti ini dapat membantu orang, apa salahnya” seloroh Dr. Teddy Bear.

#WiraNegaraku

Dr. S. Madhusudhan, Pengasas Klinik Bergerak Teddy Bear Untuk Golongan Gelandangan

Salah seorang dari 10 pemenang anugerah Star Golden Hearts, Dr S. Madhusudhan telah memberi pemeriksaan kesihatan secara percuma selama lebih setahun kepada golongan gelandangan, miskin bandar dan yang tidak berkemampuan. Dia bermula dengan Kechara Soup Kitchen dan kini, dia meneruskan perjuangannya membantu golongan yang kurang bernasib baik ini menerusi klinik mingguannya. Dia diberi nama jolokan “Doktor Teddy Bear” oleh anak-anak kecil yang sering diberikan patung mainan teddy bear ketika lawatan perkhidmatannya.

Bermula sebagai sukarelawan dengan Kechara Soup Kitchen (yang memberi perkhidmatan makanan dan perubatan percuma), Dr Madhusudhan merasakan yang dia perlu menyumbangkan satu lagi hari untuk mereka yang memerlukan, dan dia akhirnya mengambil keputusan untuk memulakan Klinik Teddy Mobile pada bulan September 2016.

Kliniknya beroperasi pada hari Rabu dibantu oleh hanya 10 sukarelawan ketika ianya baru ditubuhkan. Pada mulanya, dia beroperasi seorang diri tetapi kini dia telah disertai dengan adik-beradiknya Dr S. Krishna dan S. Sudheshna.

Dengan bantuan media sosial dan buah mulut kawan-kawan, mereka kini mempunyai lebih 30 sukarelawan dan 6 orang doktor dan juga beberapa orang ahli farmasi sebagai sukarelawan. Ini telah memberikan mereka peluang untuk membuka 2 lagi cawangan, iaitu di Masjid Negara dan di Jalan Tun H.S. Lee (berhadapan Bangkok Bank). Secara purata, mereka akan merawat 30 hingga 40 pesakit setiap hari Rabu.

Dr Madhusudhan memulakan khidmat sosialnya pada tahun 2008 setelah menamatkan pelajaran dalam bidang perubatan.

“Bila saya mampu memberikan kegembiraan kepada orang lain, saya akan turut gembira. Saya ada diberitahu yang saya buat ini semua kerana populariti… tetapi kalau populariti ini dapat membantu orang, apa salahnya” selorohnya lagi.

Tontoni lagi cerita-cerita negaraku.

[this div will be converted to an iframe]