Setelah lebih daripada dua puluh tahun di dalam industri, beliau telah berjaya membawa nama KRU ke persada dunia dan domestik dalam dunia media dan hiburan.

#WiraNegaraku

Datuk Norman Halim, Presiden KRU Studios

Datuk Norman Abdul Halim telah didedahkan dengan dunia perniagaan seawal usia 20-an lagi, selepas beliau telah menamatkan pengajiannya dalam bidang Diploma Perakaunan. Menerusi sifat kebijaksanaan dan kepimpinan beliau, telah menjadi pencetus kepada kejayaan holistik KRU.

Dengan mempunyai visi keusahawanan yang tinggi pula, beliau telah memperoleh sebuah Anugerah Usahawan Cemerlang pada tahun 2007 daripada Anugerah Usahawan Asia Pasifik dan Asia – Anugerah Hak Cipta Pendidik Pasifik (A.C.E.).

Pada hari ini, setelah lebih daripada dua puluh tahun di dalam industri, beliau telah berjaya membawa nama KRU ke persada dunia dan domestik dalam dunia media dan hiburan.

Tenaga pakar seperti Datuk Norman ini merupakan skill yang julung kali ada dalam organisasi yang lain, dan dengan itu, beliau telah menadaptasikan kepakaran beliau ke dalam pelbagai persatuan; Presiden Penerbit Filem Malaysia dan Pengerusi IFPI (Persekutuan Industri Fonografi Antarabangsa) Lembaga Serantau Asia Pasifik.

Tontoni lagi cerita-cerita negaraku.

[this div will be converted to an iframe]