Nur Ain Osman atau lebih dikenali sebagai Ann ‘Athena’ Osman, 27 tahun, dan berasal dari Kota Kinabalu Sabah, merupakan wanita pertama Malaysia yang telah bertarung secara professional dalam kejohanan MMA, ONE Fighting Championship (ONE FC) – sesuatu yang amat membanggakan! Gadis separuh Dusun itu telah berlatih selama lebih lima tahun dalam sukan MMA dan mempunyai […]

#WiraNegaraku

Ann ‘Athena’ Osman, Ikon MMA

Nur Ain Osman atau lebih dikenali sebagai Ann ‘Athena’ Osman, 27 tahun, dan berasal dari Kota Kinabalu Sabah, merupakan wanita pertama Malaysia yang telah bertarung secara professional dalam kejohanan MMA, ONE Fighting Championship (ONE FC) – sesuatu yang amat membanggakan!

Gadis separuh Dusun itu telah berlatih selama lebih lima tahun dalam sukan MMA dan mempunyai latar belakang yang kukuh dalam seni mempertahankan diri Muay Thai di mana dia telah dilatih oleh jurulatihnya, AJ ‘ Pyro ‘ Lias Mansor.

Bagi Ann, peluang untuk mewakili Malaysia merupakan satu impian yang menjadi kenyataan. Ia adalah satu penghormatan besar untuk membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa dan membawa pulang kemenangan.

Ann juga percaya bahawa wanita kini mampu melakukan perkara-perkara yang dahulunya hanya dibuat oleh kaum lelaki. Baginya, wanita mampu untuk mempertahankan diri mereka sendiri.

Sebagai seorang yang berdisiplin tinggi, Ann membahagikan masanya antara kerjaya dalam industri hartanah, membantu jurulatih, dan keluarga. Dia percaya pengurusan masa adalah kunci ke arah kejayaan.

#Negaraku #CeritaNegaraku

Tontoni lagi.

[this div will be converted to an iframe]