Yayasan Chow Kit menawarkan peluang persekolahan untuk kanak-kanak yang tiada akses kepada sistem persekolahan awam.

#DemiNegaraku

Ananti Rajasingam, Ketua Pengurus Operasi Yayasan Chow Kit

Yayasan Chow Kit (YCK) telah ditubuhkan pada 2011 untuk membantu ahli-ahli komuniti di Chow Kit, terutamanya kanak-kanak. Dengan visi untuk memberi kanak-kanak Chow Kit peluang melupakan sebentar realiti pahit kehidupan mereka, YCK menubuhkan pusat bantuan krisis dan persinggahan yang menyediakan bantuan berbentuk makanan yang baharu dimasak, aktiviti-aktiviti sosial dan pusat khidmat masyarakat.

Program dan servis yang disediakan termasuk Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK), sebuah pusat belia dikenali sebagai Kuala Lumpur Krash Pad (KLKP), sebuah rumah selamat yang dinamakan Pusat Jagaan Baitul Amal Petaling Jaya (PBJA) dan juga khidmat pengurusan advokasi yang memberi nasihat berkenaan perubatan dan pendidikan yang melibatkan keseluruhan komuniti terbabit.

Program-program anjuran YCK berteraskan pendidikan, pembinaan kemahiran, rekreasi, sukan, seni, kemahiran psikososial, kesihatan dan kesedaran umum. YCK menggalakkan penglibatan sukarelawan, dan mengalu-alukan usaha para sukarelawan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak di Chow Kit agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan lebih baik dengan masyarakat umum.

YCK menawarkan peluang persekolahan untuk kanak-kanak yang tiada akses kepada sistem persekolahan awam. YCK menyasarkan untuk menjadi pusat aktiviti contoh yang dikhaskan untuk kanak-kanak berisiko yang mendiami kejiranan miskin bandar. YCK kini sudah mula membangunkan projek perintis untuk membina kapasiti warga kerja dari lain-lain pusat kanak-kanak di Lembah Klang. Latihan akan melibatkan kesemua aspek pengurusan pusat seperti pengurusan kes, pentadbiran, pengurusan program, kewangan, pendanaan, advokasi dan pengambilan sukarelawan.

#Negaraku #CeritaNegaraku

Tontoni lagi.

[this div will be converted to an iframe]